Sunday, August 27, 2006

Kerja Untuk pelajar 3E 2006

Berikan pendapat.
Kamu diminta menulis sebuah karangan yang tidak kurang daripada 400 patah perkataan. Setelah menulis kamu diminta memberikan saya nama kamu yang sebenar dan nama pena kamu.

Topiknya:
Pelibatan remaja-remaja dalam kegiatan yang tidak sihat dan mendatangkan faedah adalah berpunca dari sikap ibubapa yang tidak bertanggung jawab.

2 Comments:

At 12:50 AM, Blogger jarnurhis said...

Pada pendapat saya,ibubapa tidak boleh disalahkan jika remaja melakukan kegiatan yang tidak sihat dan tidak mendatangkan faedah.Mungkin ibubapa telah meninggalkan anak-anak mereka dan anak itu berfikiran negatif lalu selalu menyalahkan ibubapa mereka sekiranya mereka ditangkap membuat perkara yang memalukan ibubapa mereka.Sesetengah remaja faham keadaan mereka dan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat apa-apa masalah lagi di rumah kerana tidak mahu ibubapa bergaduh kerananya.Remaja menyalahkan ibubapa kerana mereka tidak perhatian yang mereka mahu dari ibubapa mereka.Tidak memberi perhatian tidak bermakna ibubapa tidak sayang pada mereka.Semua ini terjadi begini;Keluarga mereka sedang mengalami masalah kewangan dan gaji si bapa tidak dapat mencukupi perbelanjaan sekeluarga.Si ibu pula berasa kasihan untuk anak-anak membuat keputusan untuk mengambil kerja sambilan demi untuk anak-anak dan kehidupan seharian mereka.Anak yang berfikiran positif akan cuba untuk membuat apa yang patut seperti menjaga adik-beradiknya untuk mengurangkan beban dan risau ibubapa mereka yang telah bekerja keras untuk mereka.Anak yang berfikiran negatif akan fikir bahawa ibubapa mereka tidak sayang lagi pada mereka.Mereka akan mengambil kesempatan apabila ibubapa tidak ada di rumah untuk keluar malam dan akhirnya bercampur dengan kumpulan yang hanya membawa padah padanya.

 
At 6:01 AM, Blogger AISHA said...

Pada pendapat saya, ibu bapa bermain peranan dalam kegiatan anak-anak mereka.Mereka bertanggungjawab jika anak mereka melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.Ini kerana, sebagai ibu bapa, mereka perlu menjadi sebuah contoh kepada anak-anak mereka.Kini, remaja-remaja mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka, walaupun untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak mendatangkan sebarang faedah.Tetapi, jika ibu bapa mereka telah mendidikkan akhlak yang tertentu sejak kecil dahulu, tentunya remaja-remaja ini tidak hanyut dan akan mengikut jalan yang betul dan yang lebih berfaedah..Ibu bapa membawa impak yang besar terhadap kelakuan anak-anak mereka.Kebanyakan dari mereka tidak meluangkan masa yang mencukupi dan untuk bergotong-royong sebagai suatu keluarga.Mereka telah gagal menjalankan tanggungjawab untuk membuat keluarga ceria dan bahagia.Oleh itu, remaja seperti ini akan menghilang kepercayaan terhadap ibu bapa mereka kerana tidak memberi perhatian dan akan meluahkan rasa marah dengan melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat.Walau bagaimana pun, ibu bapa tidak seharusnya sahaja yang perlu disalahkan.Remaja juga harus bertimbang rasa dengan masalah-masalah yang ibu bapa sedang menghadapi.Mereka harus mengambil inisiatif untuk menolong mengurangkan beban ibu bapa dengan memberi markah keputusan yang cemerlang.Walaupun ibu bapa mereka selalu tiada di rumah, ia tidak bermakna yang mereka tidak sayang pada anak-anak.Namun, ia amat menyedihkan untuk mendapat tahu bahawa semakin ramai remaja-remaja yang merosakkan masa hadapan mereka sendiri dengan mengikuti rentak rakan-rakan yang mendatangkan lebih masalah bagi mereka.Beberapa contoh adalah seperti merokok, mengambil dadah dan seterusnya.Saya rasa, masalah keluarga harus diselesaikan dengan secepat semungkin.Setiap ahli keluarga harus meluahkan perasaan masing-masing supaya semua anggota yang lain dapat memahami akan masalahnya dan akan dapat membantu dalam menyelesaikannya.Remaja –remaja harus diajar untuk memilih jalan yang baik bagi diri mereka.Mereka harus dibuat sedar bahawa setiap tingkah-laku mereka ada akibatnya.Ibu bapa pula harus mencuba dengan sepenuhnya untuk sentiasa memberi perhatian kepada keluarga, bukan sahaja kapada kerja.Ini penting bagi membina keluarga yang bahagia.

-Aisha-

 

Post a Comment

<< Home